Malay

PERSONAL DATA PROTECTION ACT


NOTA PRIVASI

Bahawa Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 berkuatkuasa mulai pada 15 November 2013.

 

Notis Privasi ini menggariskan cara Global Oriental Berhad dan / atau anak syarikat-syarikat dalam kumpulannya (“GOB”) mengumpul, menggunakan, menyimpan dan mendedahkan data anda (“Data Peribadi”) berhubung dengan urus niaga komersil serta cara GOB melindungi Data Peribadi anda.



1. Apakah tujuan pengumpulan Data Peribadi?

Ia membolehkan kami memasuki komersial urus niaga dengan anda. Ini adalah relevan bagi proses perniagaan kami, pelaksanaannya, termasuk penyampaian notis, perkhidmatan dan/atau produk, pengurusan perhubungan pelanggan, tujuan perancangan berkenaan dengan produk akan datang, pelancaran produk baru dan acara-acara termasuk acara promosi dengan rakan kongsi perniagaan dalam projek kami. Anda mempunyai pilihan, pada bila-bila masa, untuk tidak memberikan Data Peribadi kepada GOB. Walau bagaimanapun, kegagalan memberikan Data Peribadi tersebut mungkin mengakibatkan GOB tidak dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda secara berkesan dan berterusan.



2. Apakah jenis Data Peribadi yang kami kumpul?

GOB akan memproses Data Peribadi anda seperti yang disenaraikan di sini, yang telah diberikan (samada wajib atau sukarela) oleh anda kepada GOB yang mungkin merangkum tetapi tidak terhad kepada maklumat tentang nama, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, nombor paspot, alamat, jantina, bangsa, kewargenegaraan, maklumat perhubungan, alamat e-mel, nombor talipon alih, alamat kediaman atau alamat pos, nama majikan anda, alamat majikan, talipon nombor majikan atau faks nombor majikan, cara komunikasi yang terpilih, status perkahwinan, agama, maklumat berkenaan kad kredit, nama bank dan lain-lain maklumat berkaitan bank, fail nombor pencukaian, KWSP nombor, penyataan pendapat, apa-apa data diperolehi dari dokumen perundangan dan yang mana dibenarkan oleh undang-undang.



3. Bagaimanakah kami mengumpul Data Peribadi anda?

Kami memperoleh Data Peribadi anda dengan pelbagai cara seperti:

 

  • perjanjian-perjanjian dan kontrak-kontrak untuk penjualan dan pembelian hartanah-hartanah kami atau untuk perkhidmatan kami;
  • borang-borang pendaftaran rasmi (sama ada elektronik atau cetakan) pelancaran baru atau pameran bergerak hartanah, showcases, pameran-pameran atau mana-mana acara promosi yang lain;
  • permintaan rasmi untuk bentuk maklumat yang disediakan untuk anda oleh pekerja atau ejen kami;
  • mana-mana e-mel atau apa-apa surat-menyurat yang kami terima daripada anda yang meminta maklumat atau membuat sebarang pertanyaan;
  • apa-apa bentuk yang telah diberikan di laman web kami atau mana-mana laman web dikontrakkan oleh kami;
  • apa-apa rujukan daripada seseorang yang telah dimasukkan disahkan butiran kenalan peribadi mereka;
  • surat tawaran daripada institusi kewangan (tempatan dan asing) untuk pinjaman pra- diluluskan;
  • kad-kad perniagaan yang diberikan atau diberi kepada pekerja, ejen, broker atau rakan-rakan; atau
  • apa-apa dokumen (termasuk tetapi tidak terhad kepada bentuk berkanun dan pulangan) atau dokumen perundangan yang lain yang telah dihantar kepada kami untuk pemprosesan.


4. Apakah tujuan pengumpulan Data Peribadi?

Kami mungkin memproses Data Peribadi anda untuk sebab berikut:

 

  • untuk berhubung dengan anda;
  • menwujudkan jalinan perhubungan di antara anda dengan kami dan/ atau syarikat-syarikat berkaitan atau sekutu kami;
  • untuk memproses permohonan-permohonan untuk produk dan perkhidmatan;
  • untuk memberi khidmat kepada anda dan membekalkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan kepada anda, termasuk memproseskan resit-resit dan pembayaran-pembayaran;
  • untuk tujuan pemprosesan data;
  • untuk memproses transaksi-transaksi pembayaran;
  • menilai dan meneliti pembekalan perkhidmatan-perkhidmatan;
  • menjawap pertanyaan-pertanyaan anda;
  • memahami kehendak-kehendak dan menawarkan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan untuk memenuhi kehendak-kehendak anda;
  • untuk membuat kaji selidik dan pembangunan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan untuk anda;
  • membenarkan syarikat-syarikat sekutu dan pihak-pihak terpilih untuk mempromosikan produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan mereka;
  • melaksanakan kegiatan-kegiatan dalaman;
  • melaksanakan tinjauan pasaran dan analisis kecendurungan;
  • untuk promosi-promosi dan aktiviti-aktiviti perniagaan kami;
  • penghantaran notis-notis, perkhidmatan atau produk-produk dan pemasaran perkhidmatan atau produk tersebut sama ada pada masa kini atau di masa hadapan, kepada anda;
  • pemeliharaan dan penjagaan rekod-rekod dan perkembangan pelanggan;
  • perlaksanaan perjanjian dan/atau kontrak yang diperlukan untuk projek-projek, produk-produk dan servis-servis kami kepada kamu;/li>
  • penyimpanan rekod dalaman kami;
  • memenuhi sebarang keperluan undang-undang atau kawal selia berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan dan produk oleh kami dan untuk membuat pendedahan di bawah keperluan sebarang undang-undang yang terpakai, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling, kod yang terpakai kepada GOB;
  • milikan kosong, penyerahan kunci, pengurusan harta/hartanah, jagaan pelanggan dan/atau kerja-kerja pembaikan kecacatan;
  • apa-apa transaksi komersial lanjut berkenaan projek-projek, produk-produk dan servis-servis kami;
  • membolehkan kami membekal dan mengemukakan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak yang berkenaan, sila rujuk kepada "Lampiran 1 – Senarai badan-badan Kerajaan/agensi-agensi/pihak-pihak berkuasa tempatan dan institut-institut"; dan
  • membolehkan kami membekal dan mengemukakan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak yang berkenaan, sila rujuk kepada "Lampiran 2 – Senarai badan-badan bukan Kerajaan/agensi-agensi dan institut-institut swasta".


5. Kepada siapakah kami mendedahkan Data Peribadi anda?

Kami mungkin mendedahkan Data Peribadi tersebut kepada pihak-pihak berikut bagi tujuan yang dinyatakan di perenggan 4 atas.

 

  • apa-apa orang, agensi kerajaan, autoriti berkanun dan/atau pengawal industri yang mana kami diwajib atau diperlukan untuk berbuat demikian menurut apa-apa undang-undang, sila rujuk kepada "Lampiran A1 – Senarai badan-badan Kerajaan/agensi-agensi/pihak-pihak berkuasa tempatan dan institut-institut";
  • pihak-pihak yang berkenaan, sila rujuk kepada "Lampiran A2 – Senarai badan-badan bukan Kerajaan/agensi-agensi dan institut-institut swasta";
  • apa-apa syarikat berkenaan dan/atau anak syarikat GOBtermasuk yang diperbadankan pada masa depan;
  • rakan-rakan dan sekutu perniagaan kami yang menyediakan perkhidmatan atau produk berkaitan berhubung dengan perniagaan kami; /li>
  • pembekal pihak ketiga, syarikat pengurusan pihak ketiga, subkontraktor atau pihak-pihak lain yang difikirkan perlu oleh kami untuk memudahkan perurusan anda dengan kami.


6. Hak Akses dan Pembetulan

Kami komited untuk memastikan Data Peribadi anda yang kami pegang adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Jika anda percaya bahawa Data Peribadi anda yang kami pegang adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau bukan yang terkini atau sekiranya anda meminta untuk mengakses, meminda, mengubah, mengkaji dan membetulkan Data Peribadi anda atau menarik balik, sepenuhnya atau sebahagian, persetujuan anda yang diberikan sebelum ini, sila hubungi kami melalui:

 

GLOBAL ORIENTAL BERHAD (Ruj. Privasi)
No.1, Jalan Putra Permai 1A,
Taman Equine
43300 Seri Kembangan, Selangor
Fax No.: (03) 8941 1818
Email : pdpa@gob.com.my

 

(Ambil perhatian bahawa bergantung kepada maklumat yang diminta, kami mungkin akan mengenakan sedikit bayaran)



7. Bagaimanakah kami melindungi Data Peribadi anda?

Keselamatan Data Peribadi anda merupakan keutamaan kami. GOB mengambil semua langkah fizikal, teknikal dan organisasi yang diperlukan untuk memastikan keselamatan dan kerahsiaan Data Peribadi. Jika kami mendedahkan apa-apa Data Peribadi anda kepada ejen atau penyedia perkhidmatan kami yang diberi kuasa, mereka dikehendaki melindung Data Peribadi yang diberikan kepada mereka sewajarnya.



8. Berapa lamakah kami boleh menyimpan Data Peribadi anda?

GOB hanya akan menyimpan Data Peribadi anda selama mana yang perlu untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan atau untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan serta keperluan dalaman. Selepas itu, GOB akan memusnahkan atau menghapuskan terus data anda.



9. Bahasa

Nota Privasi ini dikeluarkan dalam kedua-dua Bahasa Malaysia dan Inggeris. Di dalam keadaan mana terdapat ketidakseragaman, versi nota Bahasa Inggeris akan digunapakai sebagai dokumen pertama.



10. Pilihan Privasi anda dan Hubungi kami di:

Jika anda perlu menghubungi kami untuk apa-apa penjelasan, anda boleh;

 

  • emel kami kepada: pdpa@gob.com.my; atau ;
  • tulis atau faks kepada alamat yang berikutnya –

    GLOBAL ORIENTAL BERHAD (Ruj. Privasi)
    No. 1, Jalan Putra Permai 1A,
    Taman Equine
    43300 Seri Kembangan, Selangor
    Fax No.: (03) 8941 1818



11. Pindaan-pindaan pada Nota Privasi

Sila ambil perhatian bahawa GOB mungkin mengemas kini Nota Privasi ini dari semasa ke semasa. Jika terdapat perubahan ketara pada Nota Privasi ini, GOB akan memberitahu anda dengan memaparkan nota tentang perubahan tersebut di laman web GOB atau menghantar pemberitahuan kepada anda secara terus. Sila semak semula Nota Privasi ini dari semasa ke semasa supaya anda sentiasa maklum tentang cara kami melindungi data anda.

 

Nota Privasi ini kali terakhir dikemas kini pada Mac 2014.



Lampiran 1 - Senarai badan-badan Kerajaan/agensi-agensi/pihak-pihak berkuasa tempatan dan institut-institut

  • Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan;
  • Pihak berkuasa negeri;
  • Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan;
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri;
  • Pejabat Tanah;
  • Pihak berkuasa tempatan;
  • Lain-lain pihak berkuasa Kerajaan;
  • Mahkamah-mahkamah atau tribunal-tribunal; dan
  •  

    apa-apa perubahan atau pindaan, GOB akan memaklumkan anda dengan sewajarnya.



Lampiran 2 - Senarai badan-badan bukan Kerajaan/agensi-agensi dan institut-institut swasta

  • Indah Water Konsortium;
  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja;
  • Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd;
  • Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang;
  • Tenaga Nasional Berhad;
  • Pembekal utiliti lain;
  • Bank-bank dan institut-institut kewangan;
  • Syarikat insurans;
  • Juruaudit kewangan;
  • Ejen tax;
  • Firma guaman / undang-undang;
  • Ejen pemasaran;
  • Badan-Badan Pengurusan Bersama, Jawatankuasa Pengurusan atau pengurus yang dilantiknya
  • Jurunilai; dan
  •  

    apa-apa perubahan atau pindaan, GOB akan memaklumkan anda dengan sewajarnya.